SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Datuk Seri Jamil Salleh menafikan dakwaan dirinya antara lima individu daripada Bersatu-Perikatan Nasional (PN) di Selangor yang mengisytiharkan beralih sokongan kepada kerajaan negeri.
Jamil berkata, dakwaan tindakan membelakangkan pendirian parti dengan menyokong Menteri Besar, Datuk Seri Amiruddin Shari itu adalah berniat jahat.
Katanya tuduhan itu bertujuan merobek kekuatan PN yang konsisten membela nasib rakyat.
“Saya sebagai wakil rakyat yang diberi mandat khususnya di DUN Dengkil akan terus berkhidmat kepada rakyat di kawasan saya.
“Sebagai ADUN daripada blok pembangkang juga menjadi semak imbang terhadap kerajaan Selangor supaya lebih telus dan berintegriti dalam mentadbir kerajaan untuk rakyat negeri ini,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Menurut sumber seperti dilaporkan portal pro-Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, dakwaan lima ADUN terbabit beralih sokongan kepada Amiruddin itu difahamkan diketuai oleh seorang bekas Pengerusi Bersatu Selangor.
Ulas portal berkenaan, semakan menunjukkan bahawa bekas pengerusi Bersatu Selangor yang merupakan seorang ADUN ialah Datuk Abdul Rashid Asari iaitu ADUN Selat Kelang.
Tambahnya lagi, wakil rakyat lain yang turut sama menyokong ialah ADUN Jeram, Datuk Harrison Hassan; ADUN Batang Kali, Muhammad Muhaimin Harith Abdullah Sani; ADUN Sungai Kandis, Wan Dzahanurin Ahmad dan ADUN Morib, Rosnizan Ahmad namun beliau dikatakan belum membuat ketetapan.
Dalam pada itu, Jamil memaklumkan, kerjasama sebagai ADUN tetap diberikan kepada semua pihak tidak kira kerajaan, pembangkang mahupun agensi-agensi bagi membantu menyelesaikan masalah rakyat.
Bagaimanapun, tambah beliau, ketetapan dan pendiriannya terhadap PN tetap utuh serta tidak berubah.
“Sekali lagi, saya ingin menyatakan bahawa dakwaan saya menyokong Amiruddin adalah tidak benar dan dinafikan sekeras-kerasnya,” ujar Jamil. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Mar 06 2024
Jamil berkata, dakwaan tindakan membelakangkan pendirian parti dengan menyokong Menteri Besar, Datuk Seri Amiruddin Shari itu adalah berniat jahat. - Gambar/ Sinar Harian
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
15 Adun Perikatan Nasional bertemu TYT Negeri Melaka petang ini
Difahamkan kesemua Adun itu akan mempersembahkan Akuan Bersumpah (SD) tanpa nama dua Adun Bersatu.